Assalamualaikum
Segala pujian dipanjatkan buat Allah s.w.t. dan selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w.
Lucan mula didiami oleh orang Melayu Malaysian sejak 1990an lagi. Walau bagaimanapun, ia menjadi tarikan sejak tahun 2004. Pada tahun 2006, terdapat sekurang-kurangnya 14 keluarga mendiami Lucan.Walaupun dekat atau berjiran, amat jarang kita dapat berjumpa kerana pelbagai masalah seperti kesuntukan masa, tidak kenal mengenali dan lain-lain. Memandangkan komuniti yang semakin besar, pentingnya ada secara tersusun untuk saling ingat-ingati dan tolong-menolong.
Surah Al-‘Asr Ayat 1-3:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran”
Pada 25hb March 2006, hasil mesyuarat bersama yang disertai oleh 10 keluarga , tertubuhlah ‘Kampung Lucan‘. Keahlian terbuka kepada Melayu Muslim Malaysian yang tinggal di Lucan dan kawasan berhampiran seperti Celbridge, City West.
Antara tujuan awal penubuhan adalah termasuk :
- mengumpulkan dan menyimpan profile kampung
- merapatkan ikatan sesama jiran
- mewujudkan rasa kebersamaan / semangat kejiranan
- medan untuk kita berbincang dan bertukar pendapat
- media perhubungan / badan perantaraan
- sebagai tempat rujukan untuk mengambil tahu isu semasa dan menyampaikan kepada ahli kampung
- merancang kegiatan kampung dari segi sosial, rohani dan fizikal
Jika diimbas kembali, cadangan aktiviti yang dipersetujui pada 2006 termasuk
- badminton untuk lelaki di Griffin Sport Centre
- senam robik bagi wanita setiap ahad petang
- menyeleraskan tugas penghantaran anak-anak ke kelas mengaji setiap ahad
- bacaan quran/tahlil bergilir-gilir dari rumah ke rumah setiap 2-3 minggu
- Hari Keluarga
- aktiviti amal contih kutipan derma untuk tragedi/malapetaka seluruh dunia atau di Malaysia
- ceramah agama contoh kursus fiqh
Sesungguhnya masa berlalu, ada di antara aktiviti di atas masih berjalan, tetapi yang pastinya aktiviti kampung menjadi semakain mantap. Ahamdulillah, setakat ini Kampung Lucan mempunyai:
- Kelas Kenali Islam (KKI) buat anak-anak setiap Jumaat petang
- Kelas Kenali Islam buat ibu dan bapa (berselang setiap Rabu malam)
- Tabung Khairat Kematian ditubuhkan pada tahun 2009 berikutan dari Kursus Pengurusan Jenazah.
- Bulan Ramadan kita hiasi dengan tadarus al-Quran, iftar jamaie dan terawih.
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha berserta takbir
- Sumbangan untuk iftar dan korban serta derma untuk kemanuasian
- Kampung juga menjemput para ustaz, Mufti Lucan untuk hadir ke program kampung bagi pengisian rohani.
- Kelab Kembara
Jawatan Kuasa Kampung Lucan 2013
- Ketua Kampung: Dr. Abdul Haffis Abdul Aziz
- Tok Imam : Dr. Muhammad Tariq Zafri Zainal
- Setiausaha: Dr. Zarina Mokhtar aka Ina Haffis
- Bendahari : Encik Ardy Neyzam Ali
- AJK Kebajikan: Muslimin En. Kamaruzaman Abdul Manan (Abg Man)
- Muslimat Dr. Nor Azlia Abdul Wahab (Azie Kuyie)
- Official jurugambar: Encik Naz
Perlu diingat, Kampung Lucan adalah ‘non-profitable organisation’ dan tidak mempunyai sumber kewangan. Keseluruhan aktiviti adalah sumbangan dari Jawatan Kuasa dan sumbangan dari ahli sendiri. Pastinya, banyak lagi yang perlu diterokai dan penambahbaikan yang perlu diadakan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Jawatan Kuasa Kampung dan juga ahli kampung untuk bersama-sama menjayakan dan memakmurkan kampung, ameen.
Ina Haffis
Setiausaha Kampung Lucan
kampunglucan@gmail.com