Perkongsian Hadith 15

Sekadar berkongsi peringatan dengan sahabat sekampung.

 
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
 بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

[Bukhari no. 5672, Muslim no. 47]

 Nilaian Hadith

  • Hadith membicarakan soal adab yang dititikberatkan  dalam Islam.
  • Keutamaan adab  sangat tinggi  nilainya di sisi Islam terutama bagi seorang yang benar-benar beriman.

Syarahan Hadith

 

  1. 1.     Berkata baik atau diam

 

  • Seorang yang beriman perlu berhati-hati dalam pertuturan kerana sebagaimana firman Allah dalam surah Qaf; ayat 18 :

 

“Tidak ada satu perkataan yang diucapkan melainkan ada  di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap mencatat.”

 

  • Menurut Imam Syafie, makna hadith ini bahawa apabila seorang hendak berkata hendaklah ia befikir. Bila ternyata tiada bahaya atasnya, berkatalah. Tetapi bila ternyata sebalikya, maka diamlah.
  • Rasulullah saw menegah diam yang tercela iaitu;
    • Diam dari menyatakan yang hak
    • Diam dari menegur yang salah
    • Sebagai muslim yang mencari redha-Nya, perlulah sentiasa bermuhasabah diri kerana apabila banyak bercakap, maka banyaklah hitungannya. Tanpa sedar, kata-kata kita mungkin menyakitkan hati orang lain.
    • Seseorang yang tidak berhati-hati bila berkata-kata mengundang lebih banyak penyesalan dan mungkin pula menyebabkan dosa.
    • Justeru, banyakkan zikir kerana 90% dari kesejahteraan itu terdapat pada diam kecuali waktu zikir pada Allah.

 

  1. 2.     Muliakan jiran dan tetamu

 

  • Jiran adalah;
    • Orang yang tinggal serumah
    • Orang yang berdekatan rumah dengan kita
    • Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari segala penjuru
    • Orang yang tinggal senegeri dengan kita
  • Mengetahui tiga jenis hak jiran;
    • Jiran musyrik yang mempunyai satu hak, iaitu hak jiran
    • Jiran muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak Muslim
    • Jiran kerabat Muslim yang mempunyai tiga hak, iaitu hak Islam, hak jiran dan hak kerabat
  • Seorang yang beriman tidak akan membiarkan dirinya kenyang sedangkan jirannnya lapar. Rasulullah saw turut menggalakkan supaya melebihkan kuah apabila memasak lauk supaya dapat diberikan kepada jiran.
  • Jiran hendaklah mencegah menggunakan sesuatu (barang, tempat dan sebagainya) yang menjadi miliknya sendiri untuk faedahnya tetapi membahayakan dan menyusahkan jirannya.
  • Memuliakan tetamu adalah budi pekerti Nabi Muhammad saw iaitu dengan melakukan kebaikan kepadanya sebagai orang yang dating.
  • Melayani tetamu dengan cara yang sopan sesuai dengan keadaannya serta memberikan jamuan menurut kadar yang dapat disediakan; selama sekurang-kurangnya sehari semalam dan tiga hari, sebanyak-banyaknya. Jika lebih maka menjadi sedekah ke atas tuan rumah.
  • Jikalau tetamu mengetahu bahawa tuan rumah adalah dari orang yang sempit kehidupannya sehingga jamuan itu dating dari makanan mereka dan anak-anak mereka, tiada halal bagi seseorang itu mendiami sehingga menyusahkannya.

 

Kesimpulan

 

Hadith ini menunjukkan bahwa antara tuntuan iman adalah berkata yang baik atau diam, memuliakan jiran, sekurang-kurangnya tidak menyusahkannya dan juga memuliakan serta meraikan tetamu.

Tuntutan ini jika disempurnakan maka meningkat iman dan kesuburan nya. Kalau tidak, maka berkuranglah ia  serta hapuslah pula satu cabang dari cabang-cabang iman

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Audio -Peranan Ibu-bapa dan anak-anak

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian semoga kita berada dlam keberkatan Allah. Di sini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi Ilmu/audio ketika lawatan ceramah Ustaz Don di Liffey valley, Lucan yangdianjurkan oleh Kampung Lucan beberapa minggu sudah. Audio ini telah diedit untuk compatibility website dan kesesuaian pelbagai umur.

Tajuk Ceramah ialah

  • Peranan Ibu-bapa dan anak-anak 
[audio:peranan.mp3]

Tips Rites of Hajj.

Alhamdulillah, I have recently completed the Fifth Arkan of Islam, the Hajj with my beloved wife. May Allah accept our Hajj. Just want to share some tips and the do’s and dont’s pre hajj and during the rites of Hajj itself.

I will start with the booking process for the trip for Hajj. In Ireland, the Manasik Tour www.gohajj.ie is one of the agent that handle the jamaah for the rites of Hajj. They will need your passport, your translated marriage certificate – if you are going with your wife (you can do this in Dublin Mosque if you have not done so) and a copy of your GNIB card if you are not an Irish passport holder. They normally ask all this a few weeks before the departure date. However, payment is made around June to July.

To be continued

Abd Haffis

Ceramah Ustaz Don Daniyal – Dublin Ireland

Assalamualaikum,

Berikut ceramah Ustaz Don Daniyal yang dianjurkan oleh PPMI beberapa hari lalu utk perkongsian bersama.

11 Feb 2013

6.00 – 10.00 mlm
Kuliah: Purification of The Soul
Tempat: Dublin Mosque

[audio:dublinMosqueb.mp3]

 

12 Feb 2013

6.00 – 9.00 mlm
Kuliah: Sambutan Maulidur Rasul: Dublin Berselawat “Reviving the Sunnah, Awaken The Ummah”
Tempat: Malaysia Hall Dublin

[audio:Malaysia_hall.mp3]

 

 

Ucapan khas Ustaz Don Daniyal

Peranan ibubapa dan anak-anak oleh Ustaz Don from naz on Vimeo.

Assalamualaikum,

Gentle reminder.

Inshaallah program
Jalan Ke Syurga
Peranan Ibu Bapa & Anak

Bersama Ustaz Don Daniyal, malam ini.
Jam 8 – 11 malam di Pegasus 11, Clarion Hotel, Liffey Valley.


Free parking on the ground or down. Hot drinks available.
Sessi bergambar sekiranya masa mengizinkan.
Sumbangan dialu-alukan.

– Ketua kampung –

Rites of Hajj

“Ayahku ‘Umar bin Khattab. Bercerita kepadaku sebagai berikut :“Pada suatu hari, ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah saw. Sekonyong-konyong muncul di hadapan kami seorang laki-laki berpakaian sangat putih, dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat padanya bekas perjalanan dan tidak seorangpun di antara kami yang mengenalnya. Dan ia langsung duduk ke dekat Nabi saw. Lalu disandarkannya lututnya ke lutut Nabi. Dan diletakkannya kedua telapak tangannya ke peha Nabi. Ia berkata :”Ya Muhammad. Terangkan kepadaku tentang Islam”.“Jawab Nabi saw, “Islam ialah : 1. Mengaku tidak ada Tuhan, selain Allah dan Muhammad Rasulullah”. 2. Mendirikan Sholat” 3. “Mengeluarkan / Membayar Zakat”. 4. “Puasa pada Bulan Ramadhan”. Dan 5. “Haji ke Baitullah. Jika engkau sanggup me laksanakannya”. “Engkau benar !” Kata orang itu. Ayahku bergumam : “Kami heran terhadap orang itu, ia yang bertanya, tetapi ia pula yang mengatakan benar”, kata Ayahku. Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya. Rasulullah Saw. bertanya kepadaku, “Tahukah engkau, siapakah yang bertanya tadi ?” Jawabku “Allah dan Rasul-Nya yang labih tahu”. Dan Sabda Rasulullah Saw : “Ia adalah Jibril ! Ia datang kepadamu mengajarkan Agamamu”.

(H.R. Muslim. Juz I . halaman : 1)

 

 

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau ) yang jauh.”

Surah Al Hajj, ayat 26-27

Inshaallah ruang ini untuk berkongsi pengalaman, tips ‘Do’ and ‘Don’t’ dan lain-lain. Semoga memberi manfaat.

Ceramah Ustaz Don- Jalan Ke Syurga- Peranan Anak & Ibu Bapa

Assalamualaikum
Inshaallah Kampung Lucan membawakan Jalan Ke Syurga- Peranan Anak & Ibu Bapa. Disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal pada

  •  Tarikh  13.2.13 bermula jam 8 malam.
  • Venue Pegasus II Room, Clarion Hotel, Liffey Valley.

Parking is free in Clarion surface and underground for all delegates. Insyaallah, hot and cold drinks will be provided.

Insyaallah sessi group photography akan di kendalikan oleh team Naza mengikut kesesuaian masa. Personal photography session bersama Ustaz Don juga disediakan, namun tertakluk kepada masa yang terhad dan diharapkan ada sumbangan minimum kepada pihak penganjur. Semua sumbangan akan digunakan untuk program-program amal jariah insyaallah.

Untuk menyumbang boleh dibawa semasa program