K.L.A.S.S | Kampung Lucan Spring Gathering


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmatNya kepada kita semua.
Pada tahun ini, Kampung Lucan berbesar hati membawakan ‘Kampung Lucan Spring Gathering’ atau ringkasannya KLASS dengan tema Memurnikan Keluargaku UntukMu Rabb. Program bertempat di St. John’s the Evangelist National School, Adamstown, Lucan Co. Dublin pada 30hb April dan 1hb Mei 2016.
Program dua hari ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan masyarakat Melayu Muslim di sekitar Ireland yang akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk:
Ceramah, diskusi, BBQ dan permainan untuk semua peserta. Program untuk dewasa akan berjakan dalam Bahasa Melayu, manakala program untuk remaja (anak berusia 11 tahun ke atas) akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Nurseri akan disediakan untuk anak-anak kecil.
Inshaallah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, penceramah bebas yang juga aktif di Radio IKIM dan Imam Ebourahima Ndure, Imam Kilkenny akan dibawa ke KLASS.
Pendaftaran telah dibuka dan akan ditutup pada 20hb Mac 2016. Yuran pendaftaran adalah €40 untuk keluarga dan €20 untuk pelajar.
Memandangkan program dua hari ini memerlukan belanja yang besar, sumbangan dari segi kewangan dan barangan amatlah dialukan-alukan.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kami dan kita semua dapat bertemu di KLASS nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke kampunglucan@gmail.com atau 0879697511 Kak Ina Haffis
Pertanyaan tentang pendaftaran: urusetia.pendaftaran@gmail.com atau 084163466 Ardy
Pertanyaan tentang sumbangan/sponsor: 0857512312 Nina

– Kak Ina Haffis

Kids Colouring Contest kampung Lucan

Kampung Lucan Kids Colouring Competition 2015

Tarikh: 18hb April 2015, Sabtu

Tempat: Dewan Sekolah St. John’s Evangelist NS, Adamstown
Pertandingan terbuka kepada: anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah atau di sekolah rendah dan pra-sekolah sahaja
imageTujuan pertandingan:

1. Mengisi masa anak-anak sewaktu ibu dan bapa menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Kampung Lucan

2. Menggalakkan perkembangan skill mewarna

3. Menyemai rasa konfident dalam anak-anak dalam menyertai pertandingan

-Ina HAFFIS-

Poster courtesy Aisyah Nazaruddin

 


TAHNIAH KEPADA SEMUA !

Alhamdulillah Allah beri peluang pada kita untuk bertemu dan bersama-sama menjayakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan diizinkan juga untuk mendengar pengisian yang amat terkesan daripada Imam EbouRahima bertajuk Sincerity in Islam. 

Kepada ahli kampung yang tidak dapat turut serta atau tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah ustaz, AJK audio akan paparkan audio/video cermah tersebut ke website kampung tidak lama lagi.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat: Ustaz EbouRahima, sponsors hadiah, sponsors goodie bags, sponsors makanan dan minuman, AJK kampung, AJK colouring contest, para hakim, fasilitators, ibubapa, anak-anak dan juga kepada semua yang membuka gerai jualan. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik berkat usaha kalian.

Barakallahu lakum!

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kecil kita yang tekun, sabar dan sangat berbakat dalam memaparkan skill mewarna.

Berikut adalah pemenang kumpulan ke-4 (kategori umur 10-12 tahun)

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-3 (kategori umur 8-9 tahun):

Berikut adalah pemeneng kumpulan ke-2 (kategori umur 6-7 tahun):

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-1 (kategori umur bawah 6 tahun):

Gambar para fasi-fasi yang banyak membantu!

6715d94e2601087c6e0feda67cca0c2d

KKI bapa | Zaman’s place.

ummah
Alhamdulillah. Kali ini menampilkan 3 orang bapa yang popular di Ireland dlm program KKI kali ni. Selamat datang pada saudara Arfhan dan saudara Zaman selaku host serta menyambut Dr Zekri semula dlm program kki bapa kali ini.

Tajuk yg diperbincangkan :

  1. 24hrs in muslim life

Ditangguhkan atas sebab kelewatan masa.

2. Prophet Musa AS.

  • 7 musibah berlaku pada penentang nabi Musa terutama kaum qoptik ie firaun, haman dan qarun.
  • Nabi dituduh mengamalkan sihir.
  • Penghinaan terhadap nabi.
  • Nabi Harun sebagai jurubicara nabi Musa.
  • Sujud paling pertama(prostrate), dilakukan oleh nabi MusA. as

3. Tadabbur AtTakathur.

  • Berlumba2 mencari harta
  • Harta yg manfaat- makan, pakaian dan charity.
  • Dlm perbankan islam ulama berpendapat ada berkaitan dgn riba.
  • Harta yg diberi didunia akan ditanya oleh Allah kelak.

4. Tajweed bersama tok imam.

Ditangguh ke masa hadapann.

5. Kali ini tuan rumah membawakan zikir yg pendek tapi byk kelebihannya dan bole kita amalkan dimana2 shj. Kalimah yg sgt mudah. Senang disebut dilidah. Berat timbangannya di hari akhirat dan disukai Allah swt.

Subhanallah  wabihamdi. Subhanallah hil azim.

– Bukhari, Volume 8, Book 75, Number 415

6. Majlis ditutup dgn bacaan surah Yaseen dan doa.

Kehadiran – 10 org

  • Mael
  • Ardy
  • Hakim
  • Zurie
  • Tareeq
  • Kuyie
  • Zekri
  • Zaman
  • Naza
  • Arfan

Terima kasih pada tuan rumah kerana sudi melapangkan masa menjadi host pada kali ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hendakNya.