Bazaar Kampung Lucan 2018

Alhamdulillah selesai sudah Bazaar Kg Lucan edisi ke-3 pada 25hb Februari 2018 bertempat di St John’s Adamstown National School.

Walaupun agak sejuk, sambutan bazaar kali ini sungguh menggalakkan. Bazaar kali ini dimeriahkan dgn kunjungan Duta Malaysia ke Dublin, Puan Siti Hajar dan suami, rakan-rakan Embassy Malaysia, sahabat handai dan rakan taulan dari jauh mahupun yang dekat. Kehadiran anak-anak dan adik pelajar turut menceriakan suasana bazaar. Kedengaran juga riuh rendah suara pembeli dan penjual didalam dewan.

Diharapkan semoga aktiviti komuniti seperti ini dapat merapatkan ukhuwah, menghidupkan budaya bersedekah dan menggalakkan kreativiti dalam berniaga serta saingan positif, insyaAllah!

Terima kasih dan jazakumullah pada semua yang hadir menjayakan bazaar ke-3 kali ini. Tidak lupa juga kepada AJK Kg yang terlibat bertungkus lumus mengatur program dari awal sehingga akhir.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.