Bicara Dengan Datuk Dr Ustazah Nurhafizah Musa & Dr Ustaz Azahar Yaakub.

Crowne Plazza Hotel | Blanchardstown

Alhamdulillah, syukur pada hadrat Ilahi dengan berkat izinNya kita diberi kelapangan masa untuk menyambut tetamu khas dari Malaysia yang termulia dan tidak asing lagi Dr. Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk Dr. Ustazah Nurhafizah Musa. Sesi santai kali ini bertempat di Hotel Crowne Plaza, Blanchardstown, Dublin pada jam 11 pagi hari Ahad 10hb September 2023.

Perjumpaan kali ini lebih kepada sekadar berkongsi dan bertukar pendapat. Antara peringatan yang menarik ialah kepentingan membaca Asmaa’ul Husna (nama-nama  Allah SWT) sebagai jalan menuju Syurga sepertimana sabda nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari. Ustaz turut berkongsi amalan mudah dibawah Usrah Alfa FamiliTM beliau tips serta aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan muslmin dan muslimat yang turut hadir menjayakan majlis kali ini. Barakallahu feekum!

-Admin

Penyampaian dari Ustaz Dr. Azahar
Penyampaian dari Dr. Ustaz Azahar Yaakub berkenaan tips utk mengeratkan hubungan Ibubapa dengan anak-anak. Petikan audio tentang tips yang sempat dirakam seperti dibawah. Maaf atas kualiti audio yg tidak begitu memuaskan.