K.L.A.S.S | Kampung Lucan Spring Gathering


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmatNya kepada kita semua.
Pada tahun ini, Kampung Lucan berbesar hati membawakan ‘Kampung Lucan Spring Gathering’ atau ringkasannya KLASS dengan tema Memurnikan Keluargaku UntukMu Rabb. Program bertempat di St. John’s the Evangelist National School, Adamstown, Lucan Co. Dublin pada 30hb April dan 1hb Mei 2016.
Program dua hari ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan masyarakat Melayu Muslim di sekitar Ireland yang akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk:
Ceramah, diskusi, BBQ dan permainan untuk semua peserta. Program untuk dewasa akan berjakan dalam Bahasa Melayu, manakala program untuk remaja (anak berusia 11 tahun ke atas) akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Nurseri akan disediakan untuk anak-anak kecil.
Inshaallah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, penceramah bebas yang juga aktif di Radio IKIM dan Imam Ebourahima Ndure, Imam Kilkenny akan dibawa ke KLASS.
Pendaftaran telah dibuka dan akan ditutup pada 20hb Mac 2016. Yuran pendaftaran adalah €40 untuk keluarga dan €20 untuk pelajar.
Memandangkan program dua hari ini memerlukan belanja yang besar, sumbangan dari segi kewangan dan barangan amatlah dialukan-alukan.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kami dan kita semua dapat bertemu di KLASS nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke kampunglucan@gmail.com atau 0879697511 Kak Ina Haffis
Pertanyaan tentang pendaftaran: urusetia.pendaftaran@gmail.com atau 084163466 Ardy
Pertanyaan tentang sumbangan/sponsor: 0857512312 Nina

– Kak Ina Haffis

Kids Colouring Contest kampung Lucan

Kampung Lucan Kids Colouring Competition 2015

Tarikh: 18hb April 2015, Sabtu

Tempat: Dewan Sekolah St. John’s Evangelist NS, Adamstown
Pertandingan terbuka kepada: anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah atau di sekolah rendah dan pra-sekolah sahaja
imageTujuan pertandingan:

1. Mengisi masa anak-anak sewaktu ibu dan bapa menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Kampung Lucan

2. Menggalakkan perkembangan skill mewarna

3. Menyemai rasa konfident dalam anak-anak dalam menyertai pertandingan

-Ina HAFFIS-

Poster courtesy Aisyah Nazaruddin

 


TAHNIAH KEPADA SEMUA !

Alhamdulillah Allah beri peluang pada kita untuk bertemu dan bersama-sama menjayakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan diizinkan juga untuk mendengar pengisian yang amat terkesan daripada Imam EbouRahima bertajuk Sincerity in Islam. 

Kepada ahli kampung yang tidak dapat turut serta atau tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah ustaz, AJK audio akan paparkan audio/video cermah tersebut ke website kampung tidak lama lagi.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat: Ustaz EbouRahima, sponsors hadiah, sponsors goodie bags, sponsors makanan dan minuman, AJK kampung, AJK colouring contest, para hakim, fasilitators, ibubapa, anak-anak dan juga kepada semua yang membuka gerai jualan. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik berkat usaha kalian.

Barakallahu lakum!

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kecil kita yang tekun, sabar dan sangat berbakat dalam memaparkan skill mewarna.

Berikut adalah pemenang kumpulan ke-4 (kategori umur 10-12 tahun)

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-3 (kategori umur 8-9 tahun):

Berikut adalah pemeneng kumpulan ke-2 (kategori umur 6-7 tahun):

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-1 (kategori umur bawah 6 tahun):

Gambar para fasi-fasi yang banyak membantu!

6715d94e2601087c6e0feda67cca0c2d

Eid Fitr 2014

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji milik Maha suci Allah, Selawat dan salam keatas baginda  Rasullullah SAW. Ahli keluarga baginda, para sahabat yg mulia  dan kawan2 yg dikasihi. Sudah hampir seminggu sahabat kita menunaikan haji dan selamat pulang. Tahniah dan mendoakan semoga mendapat haji yg terbaik. Disini saya berkesempatan untuk upload gambar-gambar dibawah sepanjang Eid Fitr sekitar Kampung Lucan dan sambutan menunggu ketibaan para Jemaah haji di lapangan terbang Dublin pada minggu lepas.

 

Turut disertakan audio rakaman ‘life after Hajj’ di Kelab sukan bolasepak Lucan ketika Khutbah jumaat  pada 17hb October 2014. Semoga Khutbah yg disampaikan oleh Mufti Zakariya dalam siri akhir penyampaian beliau tentang haji dapat dimanfaatkan dlm kehidupan seharian kita.

Life after Hajj