Category Archives: Ceramah
Kids Colouring Contest kampung Lucan
Kampung Lucan Kids Colouring Competition 2015
Tarikh: 18hb April 2015, Sabtu
Tempat: Dewan Sekolah St. John’s Evangelist NS, Adamstown
Pertandingan terbuka kepada: anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah atau di sekolah rendah dan pra-sekolah sahaja
Tujuan pertandingan:
1. Mengisi masa anak-anak sewaktu ibu dan bapa menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Kampung Lucan
2. Menggalakkan perkembangan skill mewarna
3. Menyemai rasa konfident dalam anak-anak dalam menyertai pertandingan
-Ina HAFFIS-
Poster courtesy Aisyah Nazaruddin
TAHNIAH KEPADA SEMUA !
Alhamdulillah Allah beri peluang pada kita untuk bertemu dan bersama-sama menjayakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan diizinkan juga untuk mendengar pengisian yang amat terkesan daripada Imam EbouRahima bertajuk Sincerity in Islam.
Kepada ahli kampung yang tidak dapat turut serta atau tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah ustaz, AJK audio akan paparkan audio/video cermah tersebut ke website kampung tidak lama lagi.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat: Ustaz EbouRahima, sponsors hadiah, sponsors goodie bags, sponsors makanan dan minuman, AJK kampung, AJK colouring contest, para hakim, fasilitators, ibubapa, anak-anak dan juga kepada semua yang membuka gerai jualan. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik berkat usaha kalian.
Barakallahu lakum!
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kecil kita yang tekun, sabar dan sangat berbakat dalam memaparkan skill mewarna.
Berikut adalah pemenang kumpulan ke-4 (kategori umur 10-12 tahun)
- No. 1 Afiqah Marzuki
- No. 2. Nurul Jannah Hamizan
- No. 3 Athirah M. Tariq
Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-3 (kategori umur 8-9 tahun):
- No. 1 Inaz Ismail
- No 2. Zulfah M. Faizal
- No 3. Zaid Tareq
Berikut adalah pemeneng kumpulan ke-2 (kategori umur 6-7 tahun):
- No. 1. Nurnadirah Kamarulzaman
- No. 2 Tengku Amani Tengku Nazri
- No. 3 Zahrah M. Faizal
Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-1 (kategori umur bawah 6 tahun):
- No. 1 & 3 Imran dan Irfan M. Fazly
- No. 2 Abdul Hadi Abdul Haffis
KKI weekly | Principles of Islam | episode 5
KKI weekly | Taharah | episode 4
KKI weekly | Taharah | week 4 from kampung lucan on Vimeo.
Dublin Masjid | Biography of Ahmed Deedat, IPCI and A talk – Challenges in Dakwah
Eid Fitr 2014
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah segala puji milik Maha suci Allah, Selawat dan salam keatas baginda Rasullullah SAW. Ahli keluarga baginda, para sahabat yg mulia dan kawan2 yg dikasihi. Sudah hampir seminggu sahabat kita menunaikan haji dan selamat pulang. Tahniah dan mendoakan semoga mendapat haji yg terbaik. Disini saya berkesempatan untuk upload gambar-gambar dibawah sepanjang Eid Fitr sekitar Kampung Lucan dan sambutan menunggu ketibaan para Jemaah haji di lapangan terbang Dublin pada minggu lepas.
Turut disertakan audio rakaman ‘life after Hajj’ di Kelab sukan bolasepak Lucan ketika Khutbah jumaat pada 17hb October 2014. Semoga Khutbah yg disampaikan oleh Mufti Zakariya dalam siri akhir penyampaian beliau tentang haji dapat dimanfaatkan dlm kehidupan seharian kita.
Kuliah Subuh dan Dhuha bersama Ustaz Riduan dan Ustaz Syed Kadir
Assalamualaikum, Semoga warga Lucan dan sahabat2 sihat selalu dan diberkati hendaknya. Syukur Alhamdulillah sekali lagi Ustaz Syed Kadir baru2 ini berkesempatan bersama Kampung Lucan untuk siri Concert Amal Syria yang berlangsung di Stillorgan Dublin anjuran PPMI dan seterusnya program di Manchester.
Bagi memanfaatkan kehadiran Ustaz, Pihak Ajk Kampung kali ini mengadakan program Kuliah subuh bersama Ustaz Riduan MuslimCare serta kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Syed Kadir yang bertempat di rumah Tok Imam kampung pada 12/4/2013. Seramai 6 orang jemaah dari malaysia juga turut bersama dalam program kuliah subuh pada kali ini. Semoga kuliah ini dapat kita jadikan pedoman, pengajaran dan manfaat dalam amalan kita agar sentiasa diberkati olehNya.
- Masa: 5.45 pagi
Tempat: Rumah Tok Imam
Tajuk : kisah cabaran Nabi dlm gerakan Islam.
Penyampai : Ustaz Riduan (Muslimcare)
- Masa: 8.00- 9.45 pagi
Tempat: Rumah Tok Imam
Tajuk : Musibah dan Redha
Penyampai : Ustaz Syed Kadir
– Tazkirah dan Ceramah oleh Ustaz
– Q&A
Program bersama Ustaz Faisal Ibrahim- The Life of Imam Abu Hanifah
Assalamualaikum,
Marilah kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT dgn izinNya kita dapat sekali lagi bersama Ustaz Faisal yang pernah bersama kita dalam penyampaian surah Al Mulk pada tahun lepas. Penyampaian ceramah kali ini adalah berkenaan Imam Abu Hanifah yang merupakan antara imam yang terhebat dalam mazhab Ahli Sunna Waljamaah.
Sama-sama kita hayati audio ceramah dibawah yang dipengerusikan oleh Dr. Tariq.
Masa: 11-2pm
Tempat: St John
Tajuk: The Life of Imam Abu Hanifah
– Tazkirah dan Ceramah oleh Ustaz
– Q&A
– Cenderahati kepada Penceramah
– Penyampaian hadiah kepada pemenang teka silangkata bulan Febuari.
– Carboot food sale.
KKI Special Bersama Ustaz Syed Kadir Al Joofre
KKI Special bersama Ustaz Syed Kadir Al Joofre 1hb January 2014
Kenapa kita sukar beramal dengan apa yang kita tahu?..Sejauh mana ketaatan isteri kepada suami?….Zakat pendapatan. Pandangan Ulama?.. …Jemaah bagaimana kita perlu sertai? Penggunaan pinggan emas dan perak..
Apa Huzaifah ibn Yaman tanya kepada Rasullah saw? dan banyak lagi. Ikutilah audio yang sempat dirakam untuk kita sama-sama renungkan dan hayati.
[audio:Ustaz syedKadir.mp3]
Masa: 8 malam
Tempat: Rumah Faisal Kiah
Tajuk: Tanyalah Ustaz
– Mukaddimah oleh Ustaz
– Q&A
Audio and Photos – Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior by Ustaz Nazmi
Alhamdulillah kampung Lucan menganjurkan program bersama Ustaz Nazmi yang kali ini dibawa khas dari Malaysia bersama organisasi NGO Muslim Care dalam misi lawatan ‘Syria Winter Help‘di Eropah. Program pada malam itu dimulakan dengan ucapan dari Secretary En. Zakaria dan founder Muslim Care Tuan haji Mat Arifin tentang objektif dan kerja amal bantuan kemanusiaan serta misi dakwah di Malaysia dan diluar negara. Kemudian diiringi dgn ceramah ‘Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior‘ disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim dan diakhiri dengan soal jawap.
Sebarang bentuk sumbangan samada tenaga atau wang untuk disalurkan ke Muslim Care boleh lah dibuat di sini.
23hb December 2013 (Isnin)
7.45 pm – 10.00 pm
Kuliah: Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior
Tempat: Resource Room, St. John Evangelist NS, Adamstown
Audio ceramah
[audio:ustaz nazmi.mp3]