Kelas Kenali Islam Bapa-bapa | siri 1/2018

Assalamualaikum semua ayah ayah!

Apa kita belajar smlm di KKI pada 3 Jan 18

Kita sentuh ttg hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim yg lain-

  • 1-Beri dan sambut salam
  • 2-Ziarah ketika sakit
  • 3-Uruskan kematian
  • 4-Penuhi undangan
  • 5-Allhamdulillah jika bersin

Kita belajar—–

  • Kita belajar ttg hukum ziarah orang sakit oleh Akhi Hafis
  • Kita belajar seerah ttg kisah Raja Raja oleh Akhi Ardy
  • Kita belajar akhiran surah Al Inshiqaq oleh Akhi Shafiq
  • Kita belajar Tajwid hukum Mim mati oleh Akhi Tariq

Kita dengar tazkirah ttg kematian dan alarm yg Kita lalui

Seorang Muslim akan lalui 5 Alam-

  • Alam Roh
  • Alam Perut Ibu
  • Alam Dunia yg sedang kita lalui sekarang
  • Alam Barzakh Kubur
  • Alam Akhirat

Syukran kpd Tuan Rumah Dr Shafis dan Keluarga atas kesudian menjadi Tuan Rumah.

Yang menarik lagi….Rumah baru pindah Dan sempat Kami bust ‘House Tour’

Juga santapan yang terbaik!

Moga Allah memberkati kehidupan mereka sekeluarga dirumah baru.

Insyallah

Jika Ada apa apa kesilapan atau tertinggal minta betulkan

Abg Man

Kki Bapa | 15th Feb 2017

Assalamualaikum, KKi kali ini dianjurkan di rumah Am bertempat di Hanstead Lucan. Topik yang dibincangkan adalah seperti berikut.

Fiqh

  • Masbuk
  • Muafik

Tadabbur

  • Surah Takwir – ayat 19-21

Seerah

  • Nabi Daud As

Tajweed

  • Ikhfa
  • Bertemu dgn istaala
  • Hukum Nun mati dan tanween secara general.

Tazkirah

  • Mencari ilmu.
  • Hadis berkaitan mencari ilmu dan mengajar ilmu.

 

KKI Bapa | 1st Jan 2017

Assalamualaikum,
Semoga sahabat sekelian dirahmati dan diberikan kesihatan. Terima kasih buat saudara Ikhwan kerana KKi kali ini diadakan di rumah beliau. Seramai 14 org hadir dalam majlis ilmu dengan topik seperti berikut:

Fiqah

  • Cara-cara solat berjemaah
  • Susunan Saf

Seerah

  • Khalid bin Yunus
  • Abdullah bin Unais

Tazkirah

  • Hadis 18 – Hadis 40 Imam nawawi

Tajweed

  • Idgham bighunnah dan Bila ghunnah
  • Iklab
  • Ikhfa

K.L.A.S.S | Kampung Lucan Spring Gathering


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmatNya kepada kita semua.
Pada tahun ini, Kampung Lucan berbesar hati membawakan ‘Kampung Lucan Spring Gathering’ atau ringkasannya KLASS dengan tema Memurnikan Keluargaku UntukMu Rabb. Program bertempat di St. John’s the Evangelist National School, Adamstown, Lucan Co. Dublin pada 30hb April dan 1hb Mei 2016.
Program dua hari ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan masyarakat Melayu Muslim di sekitar Ireland yang akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk:
Ceramah, diskusi, BBQ dan permainan untuk semua peserta. Program untuk dewasa akan berjakan dalam Bahasa Melayu, manakala program untuk remaja (anak berusia 11 tahun ke atas) akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Nurseri akan disediakan untuk anak-anak kecil.
Inshaallah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, penceramah bebas yang juga aktif di Radio IKIM dan Imam Ebourahima Ndure, Imam Kilkenny akan dibawa ke KLASS.
Pendaftaran telah dibuka dan akan ditutup pada 20hb Mac 2016. Yuran pendaftaran adalah €40 untuk keluarga dan €20 untuk pelajar.
Memandangkan program dua hari ini memerlukan belanja yang besar, sumbangan dari segi kewangan dan barangan amatlah dialukan-alukan.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kami dan kita semua dapat bertemu di KLASS nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke kampunglucan@gmail.com atau 0879697511 Kak Ina Haffis
Pertanyaan tentang pendaftaran: urusetia.pendaftaran@gmail.com atau 084163466 Ardy
Pertanyaan tentang sumbangan/sponsor: 0857512312 Nina

– Kak Ina Haffis