2016 KLASS Gallery – mix
Reply
Teaser kampung Lucan Spring Gathering | KLASS from bandaradamstudio on Vimeo.
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmatNya kepada kita semua.
Pada tahun ini, Kampung Lucan berbesar hati membawakan ‘Kampung Lucan Spring Gathering’ atau ringkasannya KLASS dengan tema Memurnikan Keluargaku UntukMu Rabb. Program bertempat di St. John’s the Evangelist National School, Adamstown, Lucan Co. Dublin pada 30hb April dan 1hb Mei 2016.
Program dua hari ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan masyarakat Melayu Muslim di sekitar Ireland yang akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk:
Ceramah, diskusi, BBQ dan permainan untuk semua peserta. Program untuk dewasa akan berjakan dalam Bahasa Melayu, manakala program untuk remaja (anak berusia 11 tahun ke atas) akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Nurseri akan disediakan untuk anak-anak kecil.
Inshaallah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, penceramah bebas yang juga aktif di Radio IKIM dan Imam Ebourahima Ndure, Imam Kilkenny akan dibawa ke KLASS.
Pendaftaran telah dibuka dan akan ditutup pada 20hb Mac 2016. Yuran pendaftaran adalah €40 untuk keluarga dan €20 untuk pelajar.
Memandangkan program dua hari ini memerlukan belanja yang besar, sumbangan dari segi kewangan dan barangan amatlah dialukan-alukan.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kami dan kita semua dapat bertemu di KLASS nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke kampunglucan@gmail.com atau 0879697511 Kak Ina Haffis
Pertanyaan tentang pendaftaran: urusetia.pendaftaran@gmail.com atau 084163466 Ardy
Pertanyaan tentang sumbangan/sponsor: 0857512312 Nina
– Kak Ina Haffis
KKI Special bersama Ustaz Syed Kadir Al Joofre 1hb January 2014
Kenapa kita sukar beramal dengan apa yang kita tahu?..Sejauh mana ketaatan isteri kepada suami?….Zakat pendapatan. Pandangan Ulama?.. …Jemaah bagaimana kita perlu sertai? Penggunaan pinggan emas dan perak..
Apa Huzaifah ibn Yaman tanya kepada Rasullah saw? dan banyak lagi. Ikutilah audio yang sempat dirakam untuk kita sama-sama renungkan dan hayati.
[audio:Ustaz syedKadir.mp3]
Masa: 8 malam
Tempat: Rumah Faisal Kiah
Tajuk: Tanyalah Ustaz
– Mukaddimah oleh Ustaz
– Q&A
[slickquiz id=1]
Didoakan semoga berada di dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda;
“Ada satu surah di dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat yang akan mensyafa’ati kepada pembacanya itu, sehinggalah ia diampunkan. Ini adalah surah Tabarakal-ladhi”
Kampung Lucan membawakan Ustaz Mohd Faisal Ibrahim dari Belfast untuk bertemu kita semua.
Tarikh: 15hb June 2013 (Sabtu). Tajuk yang akan dikongsikan adalah
Kelebihan Al-Mulk dan Relevannya Dalam Kehidupan Kita
Tempat: St. John Evangelist School, Adamstown
Masa: 11 pagi – 1 tengahari
Mari kita bersama-sama menmanfaatkan masa kita untuk bersama mendalami kalam Allah s.w.t.
Program terbuka kepada ahli kampung dan umum.
Sekadar berkongsi peringatan dengan sahabat sekampung.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.
[Bukhari no. 5672, Muslim no. 47]
Nilaian Hadith
Syarahan Hadith
“Tidak ada satu perkataan yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap mencatat.”
Kesimpulan
Hadith ini menunjukkan bahwa antara tuntuan iman adalah berkata yang baik atau diam, memuliakan jiran, sekurang-kurangnya tidak menyusahkannya dan juga memuliakan serta meraikan tetamu.
Tuntutan ini jika disempurnakan maka meningkat iman dan kesuburan nya. Kalau tidak, maka berkuranglah ia serta hapuslah pula satu cabang dari cabang-cabang iman
Semoga bermanfaat.