Perkongsian Hadith 15

Sekadar berkongsi peringatan dengan sahabat sekampung.

 
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
 بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

[Bukhari no. 5672, Muslim no. 47]

 Nilaian Hadith

  • Hadith membicarakan soal adab yang dititikberatkan  dalam Islam.
  • Keutamaan adab  sangat tinggi  nilainya di sisi Islam terutama bagi seorang yang benar-benar beriman.

Syarahan Hadith

 

  1. 1.     Berkata baik atau diam

 

  • Seorang yang beriman perlu berhati-hati dalam pertuturan kerana sebagaimana firman Allah dalam surah Qaf; ayat 18 :

 

“Tidak ada satu perkataan yang diucapkan melainkan ada  di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap mencatat.”

 

  • Menurut Imam Syafie, makna hadith ini bahawa apabila seorang hendak berkata hendaklah ia befikir. Bila ternyata tiada bahaya atasnya, berkatalah. Tetapi bila ternyata sebalikya, maka diamlah.
  • Rasulullah saw menegah diam yang tercela iaitu;
    • Diam dari menyatakan yang hak
    • Diam dari menegur yang salah
    • Sebagai muslim yang mencari redha-Nya, perlulah sentiasa bermuhasabah diri kerana apabila banyak bercakap, maka banyaklah hitungannya. Tanpa sedar, kata-kata kita mungkin menyakitkan hati orang lain.
    • Seseorang yang tidak berhati-hati bila berkata-kata mengundang lebih banyak penyesalan dan mungkin pula menyebabkan dosa.
    • Justeru, banyakkan zikir kerana 90% dari kesejahteraan itu terdapat pada diam kecuali waktu zikir pada Allah.

 

  1. 2.     Muliakan jiran dan tetamu

 

  • Jiran adalah;
    • Orang yang tinggal serumah
    • Orang yang berdekatan rumah dengan kita
    • Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari segala penjuru
    • Orang yang tinggal senegeri dengan kita
  • Mengetahui tiga jenis hak jiran;
    • Jiran musyrik yang mempunyai satu hak, iaitu hak jiran
    • Jiran muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak Muslim
    • Jiran kerabat Muslim yang mempunyai tiga hak, iaitu hak Islam, hak jiran dan hak kerabat
  • Seorang yang beriman tidak akan membiarkan dirinya kenyang sedangkan jirannnya lapar. Rasulullah saw turut menggalakkan supaya melebihkan kuah apabila memasak lauk supaya dapat diberikan kepada jiran.
  • Jiran hendaklah mencegah menggunakan sesuatu (barang, tempat dan sebagainya) yang menjadi miliknya sendiri untuk faedahnya tetapi membahayakan dan menyusahkan jirannya.
  • Memuliakan tetamu adalah budi pekerti Nabi Muhammad saw iaitu dengan melakukan kebaikan kepadanya sebagai orang yang dating.
  • Melayani tetamu dengan cara yang sopan sesuai dengan keadaannya serta memberikan jamuan menurut kadar yang dapat disediakan; selama sekurang-kurangnya sehari semalam dan tiga hari, sebanyak-banyaknya. Jika lebih maka menjadi sedekah ke atas tuan rumah.
  • Jikalau tetamu mengetahu bahawa tuan rumah adalah dari orang yang sempit kehidupannya sehingga jamuan itu dating dari makanan mereka dan anak-anak mereka, tiada halal bagi seseorang itu mendiami sehingga menyusahkannya.

 

Kesimpulan

 

Hadith ini menunjukkan bahwa antara tuntuan iman adalah berkata yang baik atau diam, memuliakan jiran, sekurang-kurangnya tidak menyusahkannya dan juga memuliakan serta meraikan tetamu.

Tuntutan ini jika disempurnakan maka meningkat iman dan kesuburan nya. Kalau tidak, maka berkuranglah ia  serta hapuslah pula satu cabang dari cabang-cabang iman

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.