Memperkenalkan SCR Surgery

Kepada warga kampung yang masih belum familiar dengan klinik Dr. Ismail Said di sini kami memperkenalkan klinik beliau, SCR Surgery terletak di South Circular Road, Dublin. Selain daripada lokasi klinik yang sangat menarik iaitu berdekatan masjid Dublin dan kawasan kedai halal yg berdekatan, klinik beliau mengenakan “consultation fee” bermula daripada €35 sahaja. Tahniah diucapkan kepada Dr. Ismail atas berkat usaha beliau dan rakan- rakan berjaya menubuhkan klinik SCR Surgery. Marilah kita sama- sama berikan sokongan dan doakan semoga sukses dalam business beliau. Klinik dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut sila telefon 01-4548026 atau layari www.scrsurgery.com.

Berikut video pelancaran klinik yg dirasmikan oleh Duta besar Malaysia ke Ireland bersama dengan pihak Embassy serta rakan taulan penduduk kampung pada 1 July 2012.

 

1 thought on “Memperkenalkan SCR Surgery

  1. Assalamualaikum,
    Saya hanya mengetahui Laman Kampung Lucan sejak bulan March 2013 dan
    bersyukur atas segala usaha yang di lakukan oleh para penduduk Kampung Lucan demi mengeratkan lagi silatulrahim sesama Malaysian……

    Saya ingin menghulurkan bantuan berupa pakaian terpakai yang masih elok dan boleh di berikan pada mana mana muslim organisation yang memerlukan.

    Sila beritahu bagaimana boleh saya serahkan pakaian pakaian tersebut dan kepada siapa. atau boleh di collect oleh sesiapa yang tinggal di Dublin 12 ( Drimnagh )

    atau boleh berhubung terus di talian 086-8741994

    Sekian terima kasih.

    wassalam,
    Mai Abdullagh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.