Sehari bersama Ustaz Syed Kadir | Surah As Sajdah

Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw kita diberi umur, kesihatan dan kesempatan sekali lagi untuk menimba ilmu dengan al fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre pada 23hb Disember 2017 yang lalu yang bertajuk Kenali surah As Sajdah (surah Makkiyyah; surah ke-32, berjumlah 30 ayat). 

Ustaz menyentuh tentang pengertian sajdah dari segi bahasa dan istilah. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan  amalan Nabi Muhammad saw tentang surah As Sajdah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra “Rasulullah saw di waktu solat Fajar hari Jumaat membaca alif lam min tanziil; as-Sajdah dan Hal ataa ‘alal insaani” – (HR Muslim). Dan dalam hadis yang lain Imam Ahmad meriwayatkan, bahwasanya Jabir ra. berkata: “Nabi saw tidak tidur, hingga beliau membaca alif lam mim tanziil as-Sajdah, dan Tabaarakalladzii biyadihil Mulku.” 

Semoga dengan pengisian dan nasihat yang amat berharga dari al fadhil ustaz dapat kita amalkan, mendalami maksud ayat-ayat surah dan berkongsi ilmu yang dipelajari dengan keluarga dan rakan taulan. 

Jazakumullahu khairan katheera pada AJK kampung yang terlibat dalam mengatur dan menjayakan majlis, adik-adik student yang turut serta dan tidak lupa juga sumbangan tenaga, wang dan makanan dari semua warga kampung.  

Admin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.