Bicara Dengan Datuk Dr Ustazah Nurhafizah Musa & Dr Ustaz Azahar Yaakub.

Crowne Plazza Hotel | Blanchardstown

Alhamdulillah, syukur pada hadrat Ilahi dengan berkat izinNya kita diberi kelapangan masa untuk menyambut tetamu khas dari Malaysia yang termulia dan tidak asing lagi Dr. Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk Dr. Ustazah Nurhafizah Musa. Sesi santai kali ini bertempat di Hotel Crowne Plaza, Blanchardstown, Dublin pada jam 11 pagi hari Ahad 10hb September 2023.

Perjumpaan kali ini lebih kepada sekadar berkongsi dan bertukar pendapat. Antara peringatan yang menarik ialah kepentingan membaca Asmaa’ul Husna (nama-nama  Allah SWT) sebagai jalan menuju Syurga sepertimana sabda nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari. Ustaz turut berkongsi amalan mudah dibawah Usrah Alfa FamiliTM beliau tips serta aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan muslmin dan muslimat yang turut hadir menjayakan majlis kali ini. Barakallahu feekum!

-Admin

Penyampaian dari Ustaz Dr. Azahar
Penyampaian dari Dr. Ustaz Azahar Yaakub berkenaan tips utk mengeratkan hubungan Ibubapa dengan anak-anak. Petikan audio tentang tips yang sempat dirakam seperti dibawah. Maaf atas kualiti audio yg tidak begitu memuaskan.

Kids Colouring Contest kampung Lucan

Kampung Lucan Kids Colouring Competition 2015

Tarikh: 18hb April 2015, Sabtu

Tempat: Dewan Sekolah St. John’s Evangelist NS, Adamstown
Pertandingan terbuka kepada: anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah atau di sekolah rendah dan pra-sekolah sahaja
imageTujuan pertandingan:

1. Mengisi masa anak-anak sewaktu ibu dan bapa menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Kampung Lucan

2. Menggalakkan perkembangan skill mewarna

3. Menyemai rasa konfident dalam anak-anak dalam menyertai pertandingan

-Ina HAFFIS-

Poster courtesy Aisyah Nazaruddin

 


TAHNIAH KEPADA SEMUA !

Alhamdulillah Allah beri peluang pada kita untuk bertemu dan bersama-sama menjayakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan diizinkan juga untuk mendengar pengisian yang amat terkesan daripada Imam EbouRahima bertajuk Sincerity in Islam. 

Kepada ahli kampung yang tidak dapat turut serta atau tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah ustaz, AJK audio akan paparkan audio/video cermah tersebut ke website kampung tidak lama lagi.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat: Ustaz EbouRahima, sponsors hadiah, sponsors goodie bags, sponsors makanan dan minuman, AJK kampung, AJK colouring contest, para hakim, fasilitators, ibubapa, anak-anak dan juga kepada semua yang membuka gerai jualan. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik berkat usaha kalian.

Barakallahu lakum!

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kecil kita yang tekun, sabar dan sangat berbakat dalam memaparkan skill mewarna.

Berikut adalah pemenang kumpulan ke-4 (kategori umur 10-12 tahun)

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-3 (kategori umur 8-9 tahun):

Berikut adalah pemeneng kumpulan ke-2 (kategori umur 6-7 tahun):

Berikut adalah pemenang-pemenang kumpulan ke-1 (kategori umur bawah 6 tahun):

Gambar para fasi-fasi yang banyak membantu!

6715d94e2601087c6e0feda67cca0c2d

Program bersama Ustaz Faisal Ibrahim- The Life of Imam Abu Hanifah

Assalamualaikum,

Marilah kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT dgn izinNya  kita dapat sekali lagi bersama Ustaz Faisal yang pernah bersama kita dalam penyampaian surah Al Mulk pada tahun lepas. Penyampaian ceramah kali ini adalah berkenaan Imam Abu Hanifah yang merupakan antara imam yang terhebat  dalam mazhab Ahli Sunna Waljamaah.

Sama-sama kita hayati audio ceramah dibawah yang dipengerusikan oleh Dr. Tariq.

The life of Imam Abu Hanifah

Masa: 11-2pm
Tempat: St John
Tajuk: The Life of Imam Abu Hanifah

– Tazkirah dan Ceramah oleh Ustaz
– Q&A
– Cenderahati kepada Penceramah
– Penyampaian hadiah kepada pemenang teka silangkata bulan Febuari.
– Carboot food sale.

Audio and Photos – Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior by Ustaz Nazmi

 

Alhamdulillah kampung Lucan menganjurkan program bersama Ustaz Nazmi yang kali ini dibawa khas dari Malaysia bersama organisasi NGO Muslim Care dalam misi lawatan ‘Syria Winter Help‘di Eropah. Program pada malam itu dimulakan dengan ucapan dari Secretary En. Zakaria dan founder Muslim Care Tuan haji Mat Arifin tentang objektif dan kerja amal bantuan kemanusiaan serta misi dakwah di Malaysia dan diluar negara. Kemudian diiringi dgn ceramah ‘Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior‘ disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim dan diakhiri dengan soal jawap.

Sebarang bentuk sumbangan samada tenaga atau wang untuk disalurkan ke Muslim Care boleh lah dibuat di sini.

23hb December 2013 (Isnin)

7.45 pm – 10.00 pm
Kuliah: Significant of Syria Imam Mahadi …… The Last Savior
Tempat: Resource Room, St. John Evangelist NS, Adamstown

Audio ceramah

[audio:ustaz nazmi.mp3]

 

 

 

Audio -Peranan Ibu-bapa dan anak-anak

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian semoga kita berada dlam keberkatan Allah. Di sini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi Ilmu/audio ketika lawatan ceramah Ustaz Don di Liffey valley, Lucan yangdianjurkan oleh Kampung Lucan beberapa minggu sudah. Audio ini telah diedit untuk compatibility website dan kesesuaian pelbagai umur.

Tajuk Ceramah ialah

  • Peranan Ibu-bapa dan anak-anak 

[audio:peranan.mp3]