Majlis Sambutan Aidilfitri Kampung Lucan

 

Sambutan Aidil Adha 2017

St John’s national school, Adamstown – 17 hb September

Berlangsungnya Majlis Hari Raya Aiduladha  kampung lucan 2017 disambut meriah dengan kehadiran hampir 20+ keluarga.

Sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara ahli serta menyambut kepulangan para haji yang selamat kembali setelah dua – tiga minggu  berada di tanah suci Mekah dan Madinah.

Pelbagai juadah disediakan daripada keluarga masing-masing sempena  meraikan kemeriahan hari raya kali ini.

 Suasana  meriah/mesra kg lucan bertambah ceria dengan kehadiran dua cahaya mata pada 16 Sept dan 18 Sept dari dua keluarga ahli kpg. Tahniah diucapkan dan didoakan agar memperolehi anak yang soleh dan solehah serta penyejuk hati ibubapa.

-Admin-