K.L.A.S.S | Kampung Lucan Spring Gathering


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmatNya kepada kita semua.
Pada tahun ini, Kampung Lucan berbesar hati membawakan ‘Kampung Lucan Spring Gathering’ atau ringkasannya KLASS dengan tema Memurnikan Keluargaku UntukMu Rabb. Program bertempat di St. John’s the Evangelist National School, Adamstown, Lucan Co. Dublin pada 30hb April dan 1hb Mei 2016.
Program dua hari ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan masyarakat Melayu Muslim di sekitar Ireland yang akan diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk:
Ceramah, diskusi, BBQ dan permainan untuk semua peserta. Program untuk dewasa akan berjakan dalam Bahasa Melayu, manakala program untuk remaja (anak berusia 11 tahun ke atas) akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Nurseri akan disediakan untuk anak-anak kecil.
Inshaallah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, penceramah bebas yang juga aktif di Radio IKIM dan Imam Ebourahima Ndure, Imam Kilkenny akan dibawa ke KLASS.
Pendaftaran telah dibuka dan akan ditutup pada 20hb Mac 2016. Yuran pendaftaran adalah €40 untuk keluarga dan €20 untuk pelajar.
Memandangkan program dua hari ini memerlukan belanja yang besar, sumbangan dari segi kewangan dan barangan amatlah dialukan-alukan.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kami dan kita semua dapat bertemu di KLASS nanti.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke kampunglucan@gmail.com atau 0879697511 Kak Ina Haffis
Pertanyaan tentang pendaftaran: urusetia.pendaftaran@gmail.com atau 084163466 Ardy
Pertanyaan tentang sumbangan/sponsor: 0857512312 Nina

– Kak Ina Haffis