Sehari bersama Ustaz Syed Kadir | Surah As Sajdah

Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw kita diberi umur, kesihatan dan kesempatan sekali lagi untuk menimba ilmu dengan al fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre pada 23hb Disember 2017 yang lalu yang bertajuk Kenali surah As Sajdah (surah Makkiyyah; surah ke-32, berjumlah 30 ayat). 

Ustaz menyentuh tentang pengertian sajdah dari segi bahasa dan istilah. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan  amalan Nabi Muhammad saw tentang surah As Sajdah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra “Rasulullah saw di waktu solat Fajar hari Jumaat membaca alif lam min tanziil; as-Sajdah dan Hal ataa ‘alal insaani” – (HR Muslim). Dan dalam hadis yang lain Imam Ahmad meriwayatkan, bahwasanya Jabir ra. berkata: “Nabi saw tidak tidur, hingga beliau membaca alif lam mim tanziil as-Sajdah, dan Tabaarakalladzii biyadihil Mulku.” 

Semoga dengan pengisian dan nasihat yang amat berharga dari al fadhil ustaz dapat kita amalkan, mendalami maksud ayat-ayat surah dan berkongsi ilmu yang dipelajari dengan keluarga dan rakan taulan. 

Jazakumullahu khairan katheera pada AJK kampung yang terlibat dalam mengatur dan menjayakan majlis, adik-adik student yang turut serta dan tidak lupa juga sumbangan tenaga, wang dan makanan dari semua warga kampung.  

Admin

Kuliah Subuh dan Dhuha bersama Ustaz Riduan dan Ustaz Syed Kadir

 dhuhaAssalamualaikum, Semoga warga Lucan dan sahabat2 sihat selalu dan diberkati hendaknya. Syukur Alhamdulillah sekali lagi Ustaz Syed Kadir baru2 ini berkesempatan bersama Kampung Lucan untuk siri Concert Amal Syria yang berlangsung di Stillorgan Dublin anjuran PPMI dan seterusnya program di Manchester. ustaz RiduanBagi memanfaatkan kehadiran Ustaz, Pihak Ajk Kampung kali ini  mengadakan program Kuliah subuh bersama Ustaz Riduan MuslimCare serta kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Syed Kadir yang bertempat di rumah Tok Imam kampung pada 12/4/2013. Seramai 6 orang jemaah dari malaysia juga turut bersama dalam program kuliah subuh pada kali ini. Semoga kuliah ini dapat kita jadikan pedoman, pengajaran dan manfaat dalam amalan kita agar sentiasa diberkati olehNya.

 

  • Masa: 5.45 pagi
    Tempat: Rumah Tok Imam
    Tajuk : kisah cabaran Nabi dlm gerakan Islam.
    Penyampai : Ustaz Riduan (Muslimcare)

ustaz riduan

  • Masa: 8.00- 9.45 pagi
    Tempat: Rumah Tok Imam
    Tajuk : Musibah dan Redha
    Penyampai : Ustaz Syed Kadir

– Tazkirah dan Ceramah oleh Ustaz
– Q&A

Kuliah dhuha