Tabung Khairat Kematian

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati

[Ali Imran: 185]

Tabung ini ditubuhkan pada March 2009 hasil dari mesyuarat ahli kampung pada 14 Februari tahun yang sama. Tujuan penubuhan tabung ini adalah sebagai ruang untuk mewujudkan sifat tolong-menolong untuk menanggung kos pengkebumian di Ireland. Kos pengkebumian di Dublin adalah dalam anggaran EU2270 bagi orang dewasa (mengikut harga semasa).Ā Diharapkan dengan adanya tabung ini, kita dapat meringankan bebanan saudara kita yang menghadapi kematian.

Di bawah adalah antara persetujuan Tabung Kahirat Kematian ini:

1. Ahli kampung bersetuju untuk menubuhkan Tabung Khairat Kematian (TKK)
2. TKK adalah tabung sedekah
3. Semua warga Kampung Lucan boleh mencarum/menabung
4. Jumlah sedekah bulanan adalah EU10.00 sebulan setiap keluarga
5. TKK akan di’capped’ at EU10000.00
6. TKK akan digunakan untuk membantu seluruh kos pengkebumian di Ireland bagi ahli/ahli keluarga yang menabung SAHAJA yang meninggal di Ireland (harga bergantung kepada kos semasa, merujuk kepada ICC)
7. Sekiranya berlaku kematian pada tahun pertama, (di mana wang di dalam tabung tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos pengkebumian), jumlah yang akan diberikan kepada ahli adalah 1/3 dari jumlah wang yang ada di dalam tabung

Amatlah digalakkan semua ahli kampung mengambil peluang untuk menyertai tabung ini. Sila rujuk www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task…1

Sila hubungi Ina Haffis atau Ardy untuk sebarang pertanyaan.