KKI anak-anak

KKI ataupun Kelas Kenali Islam Anak-Anak ini lahir dari keperluan semulajadi iaitu perlunya pendidikan Islam buat anak-anak kita.

Firman Allah yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

(Tahrim:6)

Pada awalnya hanya ada satu kelas sahaja yang diterajui oleh Ustazah Hartini Ishak. Setelah beliau pulang, KKI ini diambil alih oleh Dr. Azizah Osman. Pada tahun 2010, semakin ramai anak yang hadir di KKI, kelas telah dibahagi dua dan dibahagi 5 pada sesi 2012/13.

Bagi sesi 2013/14 ada 4 kelas. Laa Hawla wa Laa Quwwata illaa Bi-llaah.

Tahap kelas dan tenaga pengajar Sesi 2013/14

Junior : Dr. Azizah Osman

Intermediate: Puan Aniza Mohamed dan Puan Norapidah Sabli

Senior Boys: Dr. Abdul Haffis Abdul Aziz

Senior Girls: Dr. Nor Adela Zaa’ba aka Dela

 

 

Di bawah adalah maklumat yang diberikan kepada ibu-bapa dan anak-anak yang menyertai KKI. Ia ditulis di dalam bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan anak-anak.

Our ethos

Semi-formal Islamic learning environment 

Our objectives

  1. To provide basic Islamic knowledge/understanding to children appropriate to the age group
  2. To encourage the learning of Islamic knowledge and values in a semi formal environment
  3. To continuously create awareness to children about what it means to be a Muslim
  4. To instill a sense of belonging to the children of Kampung Lucan that Islam is their religion, being practiced by family and friends
  5. To create a happy learning environment for children

Daftar masuk ke KKI Anak dibuka sepanjang June hingga July. Kemasukan hanya setahun sekali bagi memudahkan proses pengajaran. Bagi yang ingin mendaftar untuk KKI Anak 2014/15, sila hubungi Ina Haffis

Ina Haffis

Setiausaha Kampung Lucan